AHKLAK NABI MUHAMMAD,KENALI AHKLAKNYA
guru sekumpul |
Ahklak nabi muhammad yang mesti harus di kenali dan contohi,berikut ahklah rasulullah saw:
1. Baginda selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
5.Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
7.Berfikir terus-menerus.
8.Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9.Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10.Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11.Marah bukan kerana nafsu.
12.Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
13.Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14.Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15.Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16.Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
17.Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
18.Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
19.Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma’siat.
20.Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21.Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22.Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
23Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
24.Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
25.Tidak pernah mencela & memaki orang lain.
26.Tidak pernah mencungkil rahasia orang lain.
27.Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28.Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
29.Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
Dan masih banyak lagi ahklak mulia nabi muhammad yang Tidak bisa di sebutkan smuanya.
Posting Komentar untuk "AHKLAK NABI MUHAMMAD,KENALI AHKLAKNYA"